KEBANGKITAN di AKHIR ZAMAN

Fatamorgana membentuk keperibadian bertunjangkan
kehidupan yg di jana oleh Dajjal Laknatullah. AWAS!!!






Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan
semesta alam,Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w ,ahli
keluarganya,kaum kerabatnya,keturunannya,para sahabat baginda,para
tabiin-tabiin,para mujadid dan seluruh kaum muslimin.

Artikel kali ini
adalah untuk ingat-memperingati di samping kita terus membongkar akan kospirasi
dunia hari ini dan agar apa yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w
1400 tahun yang lepas akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amalan buat
menghadapi dunia yang kian tua ini.

Sering saja kita melayari 'blog-blog'
yang memaparkan berbagai bentuk konspirasi dunia hari ini dan berbagai juga
maklumat baru yang diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga kerapkali
mendengar akan hal Islam hari ini,sebagaimana di Eropah , Sinar Islam semakin
menyinari dan telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di sana,Pun begitu
kita tidak terlepas dari keadaan bahaya yang mengancam Umat islam di mana carta
kejatuhan penganut Ugama Islam dan juga carta kejatuhan moral di kalangan Umat
Islam terutamanya di negara kita, yakni Malaysia amat membimbangkan. Agaknya
bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan masyarakat kita hari ini yer
?Sebagaimana yang telah disabdakan oleh baginda Rasul...



Daripada Ali Bin Abi
Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir sampai
suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya
dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya
tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari
Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah
naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan
kembali
". Hadis Riwayat Al-Baihaqi.






Pesanan
baginda ini dapat kita perhatikan sekarang dan ianya semakin menjadi-jadi dan
perkara ini amat merisaukan kita. Masjid tersergam indah tetapi jauh dari
hidayah ALLAH dengan berleluasanya maksiat bahkan pernah dipaparkan di dalam
dada akhbar mengenai di perkarangan masjid turut menjadi sarang maksiat. Betapa
malunya kita apabila saudara seagama yang melakukan perkara sebegini. Kita lihat
pula hadis ini..

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata,Bahawasanya
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, " Kamu akan mengikuti jejak langkah
umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga
jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka".
Sahabat bertanya," Ya Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau
maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab," Siapa lagi kalau bukan mereka
".Hadis
Riwayat Muslim






Para musuh
Islam sentiasa berusaha menjauhkan kita dari mendapat hidayah ALLAH ,hidayah
yang dapat mencegah perkara fahsya dan mungkar. Mereka tidak akan jemu
merosakkan kita,jadi di sinilah perlu kita lihat sejauh mana yang dikatakan
solat yang dapat menarik hidayah ALLAh dan mencegah fahsya dan mungkar .
Sebagaimana firman ALLAh yang bermaksud...

Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah
dari perbuatan yang fahsya dan mungkar


Di dalam hadis lain pula
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

Siapa yang dengan solatnya
tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah
melainkan semakin jauh dariNya.
“(Riwayat Tabrani dari Ibnu
Abbas)

apakah hadis yang di atas ini yang berlaku kepada masyarakat kita
sejak akhir-akhir ini?

...dan amat malanglah bagi kita seandainya perkara
sebegini terjadi dan perlulah kita selidiki bagaimanakah untuk kita kembali
sebagaimana yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sepertimana pepatah
melayu ada mengatakan 'jika tersesat dihujung jalan maka baliklah kamu ke
pangkal jalan',apa yang hendak dikaitkan dengan pangkal jalan adalah cara
sebagaimana Rasulullah s.a.w. mula-mula beragama dan bukankah Rasul juga pernah
bersabda di dalam hadis qudsi yang bermaksud ; "bermulanya agama dengan mengenal
ALLAH".

Betapa kerasnya hati ini hinggakan begitu payah menerima keadaan
yang berlaku hari ini,kita lihat pula hadis ini...

Kelak akan
datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah
wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala
buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.

Mereka gemar
menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan
mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberi mereka
kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

Anak kecil mereka jahil, pemuda
mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan tidak melarang
pula yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan
meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.

Orang yang santun di
tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf
malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan
orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan
bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh
orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia
menyeru, pasti tidak akan dihiraukan
.”

(Hadith Riwayat Thabrani-
Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Jikalau kita perhatikan pula hadis di atas
ini mari kita perhatikan akan sirah Rasulullah tatkala beliau mula-mula hendak
mensyiarkan agama yang di bawa beliau tatkala beliau baru balik dari Israk dan
Mikraj. Masyarakat pada masa itu mengatakan yang Baginda 'gila' sama sekali dan
hampir saja mereka yang baru saja hendak mengenal agama yang di bawa oleh
Rasulullah ini mula hendak melarikan diri. Maka di ajukan pertanyaan terhadap
Saidina Abu Bakar lalu beliau menjawab 'aku tetap yakin jikalau apa yang
dikatakan itu adalah dari Muhammad'. Lihatlah begitu teguh dan yakinnya beliau
terhadap Rasulullah.

Cuba kita bayangkan pula sepeninggalan Rasul
terhadap kita lebih kurang 1400 tahun dahulu dan kita bandingkan Sepeninggalan
Nabi Ibrahim ke zaman Rasulullah. Agak-agaknya berapa tahun yer ? Dan apakah
kata-kata Abu Jahal tatkala Rasulullah menyampaikan agama yang di bawa ketika
itu. Dia mengatakan yang apa yang mereka buat pada ketika itu seperti bertawaf
di dalam keadaan yang menjelikkan di Kaabah adalah agama yang dibawa oleh nenek
moyang mereka yakni agama Ibrahim. Dan Rasulullah juga tatkala sebelum turunnya
wahyu yang pertama beliau merasakan agama yang di amalkan pada masa itu sudah
jauh dari syariat agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Jadi bukanlah agama
baru melainkan agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim juga cumanya pada ketika itu
sudah jauh dari syariat agama yang sebenarnya seperti yang di bawa oleh Nabi
Ibrahim a.s tetapi mereka maseh mengatakan agama itu adalah agama Nabi Ibrahim
juga.

Jadi , sudah berapa lama jarak antara kita dengan zaman Rasulullah
s.a.w ? Dan hari ini kalau kita pergi ke kelab ataupun disko dan kita lihat
berapa ramainya muka-muka yang sebangsa dengan kita dan di tanya mereka ini
sudah tentu mereka akan mengatakan yang mereka juga beragama Islam. Dan hari ini
berapa ramai pula yang akan marah jikalau kita mengatakan tentang keIslaman
seseorang,bukanlah tujuan untuk menghukumkan sesiapa tetapi sekadar untuk kita
bersama berusaha mengembalikan kegemilangan agama Islam yang sebenar seperti
yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Kita perhatikan pula hadis
ini,

Dari Abdullah bin Ma'ud dia berkata:'Ketika kami berada di
sisi Rasulullah SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani
Hasyim.Apabila terpandang akan mereka ,maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang
airmata dan wajah baginda pun berubah.Aku bertanya,'Mengapa kami melihat pada
wajah mu sesuatu yg tidak kami sukai?"






Baginda
pun menjawab,"Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami Akhirat lebih dari
dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak
shinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama
meraka panji-panji berwarna hitam.Mereka meminta kebaikan tetapi tidak
diberikannya.



Maka mereka
pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mereka minta itu
tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang
lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia
dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di antara kamu yg sempat menemuinya maka
datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al
Mahdi.
" - riwayat Ibnu Majah.

Sudah bersedia utk mengikuti
jemaah yg memegang Panji Kebenaran?





Al-Mahdi akan datang setelah munculnya
Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah
kalah dengan pasukan mana pun.
” (Ibnu Majah)

Sebelah Timur?
Apakah kita tidak mahu turut menyertai mereka-mereka ini? Dan bagaimanakah
mereka-mereka ini,adakah semudah mengenali budak-budak berseragam yang pergi ke
sekolah-sekolah? Oh! tidak,sesekali tidak, kerana dengan semudah itu Dajal dapat
membunuh mereka. Untuk berjuang dan mati syahid janganlah di anggap mudah.
Sedangkan di zaman para sahabat menjadi Khalifah perang dahulu pun,mereka yang
dilihat rajin untuk menunaikan solat di waktu dinihari yang akan terpilih.
Inilah perkara penting sebagai hubungan dengan ALLAH untuk mendapat naungan dan
perintah perang bukan dengan membuta tuli jer. Pernah di satu ketika tatkala
Salahuddin mendapat tahu yang saudaranya telah dibunuh oleh tentera salib dan
beliau tidak terus mengeluarkan arahan perang sebaliknya menanti petunjuk dari
tuhan untuk memulakan peperangan. Dan dalam satu ketika juga di perang
Salib,umat Islam sampai dapat melihat tentera Salib ini di bantu oleh Iblis
sehinggakan kelihatan syaitan turun dari langit,jadi siapa yang diperlukan untuk
menentang tentera-tentera setan ini jkalau kita tiada hubungan dengan ALLAH
?

Kata Sayidina Ali KMW,

Maka Allah Azza wa Jalla
menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan)
seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki,
seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka
itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan
gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah
mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.


Dari hutan? Adakah Hutan
di sebelah Timur Tengah? Inilah perkara yang memungkin yang ianya adalah dari
sebelah sini. Sesiapa juga akan berharap akan dapat bersama mereka. Dan juga
kita perhatikan masaalah sosial di negara kita semakin parah,ini juga
memungkinkan menjadi penyebab yang ianya akan bangkit dari sebelah sini.
wallahualam.

Dalam satu berita panjang mengenai peperangan yang berlaku
di antara panji-panji hitam dengan Sufyani yang diceritakan oleh Saiyidina Ali
Alaihissalam beliau ada menyebutkan : “… lalu (Allah) mengutus ke atas
Sufyani itu seorang pemuda timur yang menyeru kepada ahlil bait Nabi SAW –

mereka pemegang-pemegang panji-panji hitam merupakan satu kaum yang lemah – maka
Allah pun memuliakan dan menolong mereka, sehingga setiap yang menentang mereka
pasti akan dikalahkan…. Syiar mereka “alif mim ta – alif mim ta” (maut bagi
penentang mereka), kebanyakan yang terbunuh dikalangan mereka itu pada tempat
tempat disekitar timur.
- Kanzul Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)

Alif
= zat ALLAH
Mim = Muhammad ( sunnah )
Ta = takhta yakni
ketakhtaan

Tuan-tuan yang dihormati sekalian, kerapkali artikel ttg
konspirasi yang kita lihat baik di dalam mahupun di luar negara,kebanyakkan hal
berkaitan 'Pyramid',mengapa? Sebenarnya ini adalah pokok kekuatan yang
sebenarnya, jalan menuju ketuhanan yang sebenar tetapi cuba di olahkan supaya
menjadi Ilmu Dajjal hinggakan bila kita melihat saja segitiga, kita akan katakan
sumber Dajjal,cuba tuan-tuan lihat akan sirah Rasul-rassul,semua Rasul mempunyai
tempat uzlah di bukit-bukit atau gunung-gunung dan kalau dilukiskan di atas
kertas,akan nampak yang bukit-bukit ini merupakan segitiga. Pada yang melalui
mana-mana tarikat pasti akan mengetahui perjalanan ini.

Perhatikan pula
ayat di surah Ar-Rahman ayat 33 ini ;

Wahai
sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembusi langit dan bumi , maka
cubalah kamu menembusinya . Kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan
satu kekuasaan !



perhatikan perkataan yang terakhir di
dalam Arabnya, fikirkan !






----------
Perhatikan petikan lirik dari
kumpulan nasyid tempatan ini ;


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah
yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai



------------------------------------------------------------------------------------







Hadis-hadis
tentang Kiamat




Didapati
kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang
dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan
hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat
Tarmidzi


* Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik
r.a., katanya,


"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di
antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
" - Sahih
Bukhari


* Zina bermaharajalela


"Dan tinggallah
manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar
(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan

datang." - Sahih
Muslim


* 3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan
fasik


Daripada Abdullah Bin Amr Bin 'Ash r.a. berkata: "Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bahawasanya ALLAH S.W.T.
tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada)
manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan
alim-ulama'.

Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama' , orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin
yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka
sesat dan menyesatkan orang lain
."

Riwayat Muslim.

*

4) Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman
akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada
Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita
" - Ibnu
Majah

* 5) Menghias masjid dan membanggakannya

Berkata Ali bin
Abi Talib,
Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan
tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan
saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut
Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama,
dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka
juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat
.”



"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid
" - Riwayat Nasai.

*
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak
baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan
perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam
tetangga
." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* 7) Ramai orang
menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

Tidak akan datang hari
kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk
yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran
" -
Riwayat Ahmad ”

* 8) Ramai orang soleh meninggal dunia



"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang
yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran
" - Riwayat Ahmad

* 9) Orang hina
mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin
dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh
dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh dua orang mulia
" - Riwayat Thabrani

* 10) Banyak
wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan
muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang
."

Tanda-tanda besar Kiamat


Era Pertama

* Penyakit tanpa
ubat


* Dajjal bermaharajalela

Kekuatan Dajjal ini dapatlah
dibayangkan dengan kecanggihan teknologi hari ini, beliau bukan sahaja boleh
menguasai manusia malahan beliau juga dapat menguasai jin. Jikalau kita lihat
hari ini,sebuah organisasi di mana ianya cenderung ke arah keruntuhan
moral,adakah kita akan mengatakan oraganisasi ini mendapat arahan terus daripada
Dajjal? Tidak samasekali ! Dari sinilah Dajjal menggunakan makhluk-makhluk alam
lain sebagai pembantunya.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah
Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan
juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya
Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku
sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan
sahaja
." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Ath-Thabarani mengisahkan
riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa
Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian
melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya
Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat

.”(HR. Ibnu Hibban)

Jin yang mendampingi kita semenjak kita
dilahirkan ke dunia ini sentiasa mendorong kita ke arah yang bertentangan dengan
kehidupan yang baik kerana mereka ini adalah telah hidup lebih dahulu daripada
kita namun kita maseh boleh membentuk mereka ini dengan ibadah dan suasana yang
membolehkan kita berIman dengan ALLAh s.w.t. walau bagaimana pun perlulah
diketahui yang ' sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin '.

Apabila
mereka ini sudah terbiasa dengan suasana yang mendorong ke arah kemaksiatan
sebagaimana suasana nafsu-nafsi yang di jana oleh Dajjal tadi, maka dia juga
akan mendorong kita supaya ke arah kemaksiatan .Jadi tidak mustahil seandainya
kita pernah mendengar di dalam dada akhbar bagaimana seorang guru boleh mencabul
anak muridnya sendiri.

Dajjal ini bukanlah tandingan manusia biasa yang
hendak melawannya ,melainkan kita ini hendaklah duduk di bawah Panji-panji yang
mempunyai guru yang makrifat dan mendapat bimbingan mereka ini.

*
Imam Mahadi muncul

Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud ; “Dunia tidak akan berakhir sehingga orang-orang Arab dipimpin
oleh seorang laki-laki dari ahli baitku namanya serupa dengan namaku
.” (
HR. Abu Dawud )

* Perang Sabil





Dari Abu
Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat
sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh
mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan
pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah,
ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena
ia adalah pohon Yahudi.
” (HR Muslim)

* Turunnya Nabi Isa as
bersama tenteranya dari langit

Demi yang diriku berada
ditangannya,sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu
sebagai pemimpin yang adil,maka ia akan menghancurkan salib,membunuh
babi,menolak upeti,melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima
pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala
isinya
” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi
Hurairah)

Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang
adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib
dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah
bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu
kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah
. (HR Ibnu
Majah)

* Dajjal dibunuh

Dalam satu hadis daripada Al-Nawwas
bin Sam’an, katanya: “Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan
menyatakan: ‘...Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji
matanya timbul (buta sebelah); ... sebenarnya dia akan keluar di satu tempat
antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.

“Dia akan melakukan kerosakan di
serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang
menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan kampung orang yang enggan
menerima dakwaannya susah meleset.

“Dia akan menunjukkan kepandaian
sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang
mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau
subur.

“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya,
sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu
kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan
tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.

“Demikian
juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang dirasai oleh
orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan
ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan
sebagainya).

“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas
kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada
dakwaannya!”

Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan
bermaharajalela di bumi?”

Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang
pertama, panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti
sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti
hari kamu yang biasa.”

Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian,
hari yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan
pada-Nya sembahyang untuk sehari?”

Baginda menjawab: “Tidak, tetapi
kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu
lakukan.”

Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela,
Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran
dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun
mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu
membunuhnya.

Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah
selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa
menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan
menyatakan: “Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka
dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.

Nabi bersabda: “Bahawa
ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah
mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: “Bahawa Aku sudah mengeluarkan
sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa
pun memerangi mereka.

“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu
berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan
mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”

“Nabi Isa
dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi
lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada
seseorang kamu sekarang.

“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada
Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang
batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak
seperti matinya satu jiwa.

“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari
bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan
penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa
Makjuj.

“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu
Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka
kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang
dikehendaki Allah.

“Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang sebarang
bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi
hingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.

“Allah berfirman kepada
bumi: “Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah
segala nikmat kamu.”

“Maka pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang
dengan hanya memakan sebiji delima dan boleh berteduh dengan kulitnya dan pada
masa itu juga diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor unta, mencukupi
untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya.

“Susu seekor lembu
perahan juga mencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing
perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum.”

Nabi bersabda
lagi: “Ketika manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan berkenaan,
tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik... lalu mengambil nyawa
setiap orang yang baik, mukmin dan Muslim, dan tinggallah saja orang yang jahat
dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan,
maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

Dan pada satu
riwayat yang lain: “Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman,
yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas
muka bumi seorang pun yang ada dalam hatinya seberat zarah kebaikan, melainkan
diambil nyawanya oleh angin itu.”

Nabi bersabda lagi: “Maka tinggallah
saja orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat
burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti
binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak
benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.”

Pada
saat itu, syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: “Tidak malukah kamu
meninggalkan jalan mendampingi diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut
ajakan aku? Maka mereka pun bertanya: “Jika demikian apa yang engkau suruh kami
lakukan?

Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk
mendampingkan diri mereka kepada Allah (kononnya), mereka menerima ajakan
syaitan itu lalu menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah dan
penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama,
yang mematikan segala yang bernyawa ..
.” – ( al-Nawwas bin Sam'an r.a
Hadis riwayat Muslim ).

* Dunia kembali Sejahtera,aman,damai dan
sentosa

* Manusia kembali menyembah berhala








Era kedua

* Al-quran diangkat ke
langit





* Yakjuj wa Makjuj muncul dengan
membuat kerosakkan

( Demikianlah keadaan mereka
) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka
meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji
hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang
kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami.
Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada
memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya
diri sendiri
". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97)

* Raksasa terbit
dari bumi Mekah ( Dabbatul ardh )

Dan apabila
perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari
bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak
yakin kepada ayat-ayat Kami
.” (An-Naml: 82)

* Allah tandakan dahi
mereka yang tidak beriman

* Allah matikan orang-orang yang beriman
dengan angin sejuk









*
Matahari terbit dari sebelah barat






Menurut
Hadist Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: "Salah satu tanda Akhir zaman
(Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit disebelah barat. Pada masa
ini, taubat sudah tiada
." hadith Muslim.

* Tiupan angin
Sangkakala

23-101: Apabila ditiup sangkakala,
maka tidaklah ada lagi pertalian nasab (kekeluargaan) antara mereka pada hari
itu, dan mereka tidak saling bertanya.


* Allah Gulungkan
dunia

...dan akhir sekali kita hayatilah lirik daripada lagu ini pula
yang disampaikan oleh satu kumpulan yang sedang naik dipersada muzik tanahair
yang berbekalkan semangat kemelayuan kita dan ingatlah bahawasanya usaha ke atas
agama sahaja yang dapat dilakukan melalui media massa hari ini dan bukanlah
sebenarnya usaha ke atas IMAN yang mana hendaklah dilalui dengan jasad bukan
duduk di depan skrin!



GEMBALA ILLAHI

Sepanjang jalan hidup
kulalui
Membentang maksud yang Tuhan tunjuki
Memegang berpaut bertahan
diuji
Menjelang menyahut panggilan Ilahi.

Segala liku badai
kulalui
Menghiba pilu berbagai kurasai
Menggema kalbu menghurai hak
Ilahi
Merasa rindu padaNya sebelum sampai mati.

Aku gembala dari
gunung tinggi
Aku gembala penyambung kalam Ilahi
Aku hanya menjunjung
membakti
Aku hanya hamba Maha Tinggi.

Aku menjelma demi
memenuhi
Sebelum masa aku dipanggil pergi
Aku hamba yang
mengabdi
Hidupku keranda abadi.

Apa yang disampaikan
Untuk diamal
diusahakan
Aku hanya utusan
Mengingat dan mengkhabarkan…








wassalam.